Friday, December 29, 2017

Personaliti Manusia

Manusia mempunyai pelbagai personalti. Berdasarkan Larry & Daniel 1992, personaliti ini boleh dikaitkan dengan teori personaliti. Antara tokoh yang telah memperkenalkan Teori Personaliti adalah Sigmund Freud, Alfred Adler & Carl Jung, Erik Erikson, Erich Fromm, & Karen Horney, Gordon Allport, Raymod Cattel, & Hans Eysenck, B. F. Skinner, Albert Bandura & Julian Rotter, George Kelly, Abraham Maslow, Carl Rogers.

Saturday, December 26, 2009

Erti Kehidupan

Jangan kita sesekali membiarkan pengalaman susah kita dirasai oleh orang lain sebagai suatu tradisi yang perlu diwarisi kerana nescaya kita akan dibenci orang tersebut dan membuatkan orang mula hilang rasa hormat dengan kita. Perkara tersebut juga tidak dapat mewujudkan persekitaran yang sihat dalam membangunkan masyarakat ke arah budaya bantu membantu antara satu sama lain kerana masyarakat akan mula merasakan "aku kena teruk, orang lain pun patut rasa macam aku rasa". Oleh itu renungilah kata-kata ini supaya dapat kita fikirkan bersama. Jangan sempitkan fikiran kita dengan tradisi ini.

Monday, December 14, 2009

Mencari Identiti Diri

Kadang kala, apabila kita merenung kembali ke dalam diri kita, kita akan mula tertanya-tanya apakah identiti kita? Siapakah kita di dunia ini?Persoalan ini boleh membuatkan kita buntu dan untuk mengatasinya adalah dengan melihat kembali matlamat hidup kita yang kita rancang dan tujuinya sehingga berjaya. Sekiranya kita belum mempunyai matlamat hidup, kita perlu cari dan kenalpasti kerana hidup tanpa ada matlamat ibarat kapal yang belayar tidak punyai nakhoda, renung-renungkan..............

Sunday, December 13, 2009

Pengalaman hidup.........

Untuk kita berjaya, jangan kita lari dari masalah atau cabaran, anggaplah masalah atau cabaran yang kita lalui pada hari ini sebagai satu panduan untuk kita menghadapi masa akan datang dengan lebih matang. Oleh itu, setiap masalah atau cabaran yang kita hadapi, kita berusaha untuk mencari apakah hikmah yang ada di sebalik masalah atau cabaran tersebut, fikir-fikirkan dan semoga mendapat iktibar....

Wednesday, December 9, 2009

apabila kita sudah lama berada di sesuatu kedudukan, jangan kita mudah untuk terus berasa selesa dengan kedudukan itu kerana kita perlu atur dan bersiap sedia dengan kemungkinan perkara yang tidak dijangka berlaku, oleh itu setiap langkah kita perlu berhati-hati untuk mara kehadapan...............

Friday, August 15, 2008

kunci kehidupan

Jangan hanya mengisi ruang, tetapi jadilah pencipta ruang.....