Saturday, December 26, 2009

Erti Kehidupan

Jangan kita sesekali membiarkan pengalaman susah kita dirasai oleh orang lain sebagai suatu tradisi yang perlu diwarisi kerana nescaya kita akan dibenci orang tersebut dan membuatkan orang mula hilang rasa hormat dengan kita. Perkara tersebut juga tidak dapat mewujudkan persekitaran yang sihat dalam membangunkan masyarakat ke arah budaya bantu membantu antara satu sama lain kerana masyarakat akan mula merasakan "aku kena teruk, orang lain pun patut rasa macam aku rasa". Oleh itu renungilah kata-kata ini supaya dapat kita fikirkan bersama. Jangan sempitkan fikiran kita dengan tradisi ini.

No comments: